Produk ini ialah alat yang berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan serius jika tidak digunakan dengan berhati-hati atau jika digunakan dengan tidak betul. Anda mesti membaca dan memahami kandungan manual ini.
Jangan tukar produk tanpa kebenaran pengilang. Jangan gunakan produk yang telah ditukar oleh orang lain dan sentiasa gunakan aksesori yang asli. Penukaran tanpa kebenaran pengilang boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian kepada pengendali atau orang lain.
Pastikan produk sentiasa bersih. Tanda dan pelekat mestilah dapat dilihat sepenuhnya.
Produk ini menghasilkan medan elektromagnet semasa pengendalian. Medan ini mungkin mengganggu implan perubatan aktif atau pasif dalam keadaan tertentu. Untuk mengurangkan risiko kecederaan serius atau kematian, kami mengesyorkan mereka yang menggunakan implan perubatan mendapatkan nasihat doktor dan pengilang implan berkenaan sebelum mengendalikan produk ini.