Jangan potong bahan asbestos.
Apabila melakukan pemotongan kering, pastikan debu dibuang dengan selamat.
Maklumat dalam manual ini bukan pengganti pengetahuan dan pengalaman profesional. Jika anda tidak berasa selamat dalam situasi anda, hentikan produk. Jangan gunakan produk dalam situasi yang tidak diketahui.
Hubungi pembekal servis anda atau Husqvarna jika anda mempunyai soalan tentang pengendalian produk tersebut. Kami boleh memberi anda maklumat tentang cara mengendalikan produk anda dengan selamat dan hasil yang terbaik.
Jangan gunakan produk, bateri atau pengecas bateri yang cacat.
Jangan sentuh bilah memotong yang berputar. Tindakan ini boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
Jangan gunakan produk dalam cuaca buruk seperti kabus atau hujan lebat, angin kencang dan suhu terlampau sejuk. Cuaca buruk meningkatkan risiko seperti ais di atas tanah.
Jangan hidupkan produk melainkan semua penutup dan pelindung telah dipasang dengan betul.
Perhatikan persekitaran anda. Pastikan tiada risiko orang atau binatang terkena produk atau mempengaruhi kawalan anda terhadap produk.
Jangan biarkan kanak-kanak menggunakan atau berhampiran dengan produk. Produk mudah untuk dimulakan. Hal ini bermakna terdapat risiko kecederaan serius.
Keluarkan bateri apabila anda tidak dapat mengawasi produk sepenuhnya. Keluarkan bateri jika anda tidak akan menggunakan produk untuk tempoh yang lama.
Anda hendaklah berdiri dengan stabil agar mempunyai kawalan penuh terhadap produk. Jangan gunakan produk jika anda berdiri di tangga. Jangan gunakan produk jika anda tidak berada di atas tanah yang stabil.
Jangan gunakan produk melebihi aras bahu.
Jika anda tidak berhati-hati, risiko lantunan meningkat.
Jangan pegang produk dengan sebelah tangan. Produk ini tidak selamat untuk dikawal dengan sebelah tangan.
Jangan gunakan produk dalam situasi yang anda tidak boleh meminta bantuan jika berlaku kemalangan.
Pastikan anda boleh bergerak dengan selamat. Perhatikan keadaan dan rupa bumi di sekeliling anda untuk mengesan halangan yang mungkin.
Pendedahan lampau terhadap getaran boleh menyebabkan kerosakan peredaran darah atau kerosakan saraf terhadap mereka yang mengalami gangguan peredaran darah. Hubungi doktor anda jika anda mengalami gejala pendedahan lampau terhadap getaran. Gejala tersebut termasuk kekebasan, kehilangan deria, sesemut, berdenyut-denyut, kesakitan, lemah, perubahan warna atau keadaan kulit. Gejala ini biasanya dirasai pada jari, tangan atau pergelangan tangan. Gejala ini mungkin meningkat dalam suhu sejuk.
Kami tidak dapat menyertakan setiap situasi yang mungkin akan anda hadapi semasa menggunakan produk ini. Sentiasa berhati-hati dan gunakan akal budi.