Anda mesti menggunakan kelengkapan pelindung peribadi yang diluluskan semasa mengendalikannya. Kelengkapan pelindung peribadi tidak akan memberi anda perlindungan penuh daripada kecederaan tetapi dapat mengurangkan tahap kecederaan jika kemalangan berlaku. Rujuk kepada penjual servis anda untuk syor kelengkapan yang sesuai digunakan.
Pakaian anda mestilah tidak longgar tetapi tidak menyekat pergerakan anda. Lakukan pemeriksaan keadaan kelengkapan pelindung peribadi dengan kerap.
Gunakan topi keledar pelindung yang diluluskan.
Gunakan pelindung pernafasan yang diluluskan.
Gunakan pelindung telinga yang diluluskan. Pendedahan jangka masa panjang kepada hingar boleh mengakibatkan gangguan pendengaran secara kekal.
Gunakan cermin mata pelindung atau visor muka untuk mengurangkan risiko kecederaan daripada habuk dan debu. Ini boleh menyebabkan kecederaan serius khususnya pada mata.
Gunakan sarung tangan pelindung yang tahan lasak.
Gunakan but dengan penutup jari keluli dan tapak tidak gelincir.
Sentiasa bawa bersama kit pertolongan cemas.